Wednesday, June 15, 2011

Prosedur Permohonan Perkahwinan Pengantin di Perak

tetibe terasa nk share info for those yg blur2 sal prosedur kawen esp from Perak..Akceli entry ni t'jupe masa blog-walking, dh kebetulan mlm semlm chit chat ngan cik 2nang cayunk..*credit to http://cikatunbanyaknama.blogspot.com/2011/01/prosedur-permohonan-perkahwinan.html sbb share info wat bride-2-b...insyaAllah, aminnnn:)


ok2,straight to the point maka sile la refer sehabisnye:-



PERTAMA @ 1
Kursus Kahwin:WAJIB ok!!hadir dan lulus kursus kahwin, seterusnya dapatkan sijil. Simpan baik baik dalam satu fail. Hendak selamat, buat satu salinan fotokopi dan simpan di tempat lain (seperti pejabat ke)....*saye pn blum p laie hehehe..insyaAllah 25.06.11 and 26.06.11 nihh ngn cik 2nang cayunk*
In case sijil asal ter'hilang', sila quote nombor siri sijil anda di pejabat agama di daerah anda hadirkan diri untuk kursus kawin dan mereka akan keluarkan sijil baru. Tak perlu nak pegi kursus lagi sekali dan membazir lagi RM80.


KE-2
Buat HIV test. Dan kalau mahu, sekali harung buat ujian thalasemia.
Sila semak dulu di klinik kesihatan mana yang ada sediakan perkhidmatan ini dan semak hari yang boleh buat. Macam mana? Telefon klinik tersebut atau datang tanya di kaunter pendaftaran.

Cakap dekat kaunter,
               Saya nak buat ujian HIV untuk pengantin 



*aci ke ckp cmneh hehehe* Dia akan bagi satu borang, isi borang tu.

Jangan lupa ambil kertas result yang diberikan dan simpan elok-elok bersama sijil nikah. Jika rajin, buat salinan.Bayar RM 1 kepada staff di kaunter jika anda bukan penjawat awam




KE-3
Beli borang kebenaran kahwin di pejabat agama. Pengantin perempuan boleh minta tolong pengantin lelaki belikan sebab borang standard digunakan di Perak. Potong yang mana tidak berkenaan bila mengisi borang tu nanti.

Jika bakal pengantin lelaki anda kemut, hulurla seringgit kat dia suruh dia belikan borang tersebut bagi pihak anda hehehe...*eh mn bley klu dah shinggit pn pyh nk kuar..cmne sok lusa t (T_T)

Contoh borang:



Selalunya bersama borang ni, pejabat agama akan kepilkan satu borang bewarna hijau untuk permohonan kad akuan nikah, surat akuan bermastautin dan borang wakalah wali. Tapi tertakluk juga pada pejabat tersebut dia nak bagi or taknak. Anda juga boleh minta kalau dia tak bagi.



KE-4
Buat surat akuan bujang. Dalam surat tu, nyatakan nama penuh seperti dalam IC, nombor IC, jawatan dan tempat bekerja. Minta majikan anda tandatangan.Alternatively, boleh minta ketua kampung atau pegawai masjid kariah sahkan anda masih bujang. Simpan surat tersebut dengan selamat. Buat salinan jika perlu


KE-5
GESA pengantin lelaki supaya isi dan hantar borang-borang dia siap dengan dokumen sokongan untuk dapatkan kelulusan. Jangan lupa bagi dia 2 keping salinan IC anda supaya dia boleh berbuat demikian.Tunggu sampai dia dapat kelulusan.

KE-6

Minta borang pengantin lelaki yang sudah diluluskan. Simpan di tempat yang selamat. Isi borang kebenaran berkahwin anda seperti yang dikehendaki, sila bagi perhatian kepada ejaan dan alamat tempat tinggal. Pastikan semuanya tally dengan particulars yang telah diisi oleh pengantin lelaki.

Jangan lupa minta 2 salinan IC daripada pengantin lelaki. Selain itu, anda juga kena buat:-

  • 2 salinan IC untuk diri sendiri
  • 2 salinan IC untuk wali
  • 2 salinan IC untuk setiap saksi. Maka sepatutnya ada 4 salinan in total.
  • 1 salinan sijil Kursus Perkahwinan
Sertakan juga:-

  • Surat akuan bujang
  • Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV yang anda sudahpun buat
Isi:-

  • Surat akuan bermastautin dengan tepat. Tulis alamat dengan betul untuk elakkan delay dalam memproses permohonan anda.
  • Borang wakalah wali walaupun wali anda adalah bapa anda sendiri, bukan wali hakim. Pendek kata, kalau anda pengantin perempuan, anda memang perlu isi borang ini.
Sebelum anda hantar borang permohonan dan dokumen sokongan, SEMAK dahulu supaya semua details yang dimasukkan betul. 
Pastikan anda sain di tempat yang betul dan di semua tempat yang memerlukan sain anda. 



KE-7
Hantar segala borang dan dokumen sokongan kepada pejabat agama. sila bawa duit semasa penyerahan borang permohonan anda.



KE-8
ok dah boley kawen kikikiki.....:)



No comments: